KEJOHANAN OLAHRAGA KALI KE 43 PERINGKAT KAWASAN TANJUNG
Pada 10/11/12 Mac 2015 yang lalu satu kejohanan Olahraga Peringkat Kawasan Tanjung telahpun berlangsung di Stadium Hang Jebat dan Sekolah Menengah kebangsaan Tun Haji Abdul Malek. Pengelola bagi kejohanan kali ini adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek, Sekolah Kebangsaan Kampung Gelam dan juga SJKC Poh Lan. Kejohanan kali ini telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Sains,Teknologi dan Inovasi Malaysia iaitu YB Datuk Dr. Abu Bakar Bin Mohamad Diah. Pada hari pertama kejohanan telahpun berlangsung majlis perasmian, di majlis pembukaan tersebut terdapat beberapa persembahan telah dilakukan antaranya persembahan senamrobik serta gendang satu malaysia oleh para pelajar-pelajar dari SMKTHAM. Terdapat beberapa gambar telah disediakan sepanjang kejohanan berlangsung.
Para peserta senamrobik telahpun bersedia untuk melakukan persembahan senamrobik di majlis pembukaan
Pelajar-pelajar turut terlibat selaku pegawai hakim penamat bersama guru-guru
Pelajar turut dilatih untuk menjadi "QuarterMaster" sepanjang hari kejohanan
Pelajar turut membantu menyediakan peralatan untuk acara lompat tinggi
Setelah bertungkus lumus selama tiga hari membantu guru untuk menjayakan kejohanan kali ini akhirnya selesai juga kejohanan pada kali ini. Walaupun penat tetapi pelbagai manfaat kami perolehi sepanjang kejohanan berlangsung. Sekian sahaja laoran untuk kali ini. Assalammualaikum dan salam satu malaysia.
No comments:
Post a Comment