LARIAN PELAJAR-PELAJAR TINGKATAN ENAM SEMPENA
KARNIVAL PENDIDIKAN NEGERI MELAKA 2015
Pada tarikh 5 april 2015 yang lalu jabatan pendidikan negeri melaka telahpun mengadakan satu acara larian untuk pelajar-pelajar tingkatan enam seluruh negeri melaka. Program ini diadakan dihadapan Melaka International Trade Center (MITC), program yang bermula seawal jam 8.00 pagi itu telahpun melibatkan lebih kurang 25 buah sekolah yang mempunyai tingkatan enam. Larian ini merangkumi jarak lebih kurang 4 km. Turut tidak ketinggalan adalah Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Haji Abdul Malek yang menghantar wakil seramai 56 orang mahasiswa PPU, daripada jumlah tersebut terdapat beberapa orang mahasiswa PPU SMKTHAM berjaya meraih kejayaan didalam acara larian kali ini. Paling mencuri tumpuan apabila seorang mahasiswa perempuan PPU SMKTHAM berjaya memperoleh pingat, perkara ini menjadi tumpuan kerana mahasiswa perempuan ini adalah mahasiswa perempuan pertama yang berjaya memperoleh kejayaan didalam larian ini. Hal ini kerana sepanjang penyertaan PPU SMKTHAM setiap tahun belum pernah lagi terdapat mahasiswa perempuan yang memperoleh pingat dan kali ini beliaulah mahasiswa perempuan yang pertama memperoleh kejayaan ini. Dalam pada itu terdapat juga 3 orang mahasiswa lelaki yang turut memperoleh pingat pada kejohanan kali ini. Di bawah ini terdapat beberapa gambar yang telah disediakan oleh jurufoto PPU SMKTHAM.
Mahasiswa lelaki PPU SMKTHAM yang berjaya memperoleh pingat
Mahasiswa perempuan yang berjaya mencipta sejarah PPU SMKTHAM
Keseluruhan mahasiswa bergambar kenang-kenangan bersama GPK PPU SMKTHAM
serta guru-guru pengiring yang lain
Dua pemenang bagi kategori lelaki bergambar bersama GPK PPU dan guru pengiring
Akhir kata program ini mampu memberi manfaat kepada para pelajar tingkatan enam. Dalam pada itu program sebegini mampu mengurangkan tekanan kepada para pelajar yang menyertainya. Kepada yang memperoleh kejayaan taniah diucapkan kerana anda mengharumkan nama PPU SMKTHAM di peringkat negeri melaka. Sekian Terima Kasih.
No comments:
Post a Comment